• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

MPKK Mata Dan Telinga Kerajaan

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (empat dari kiri) menyampaikan ucapan kepada hadirin.
Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT - Menjadi tanggungjawab Majlis Komuniti Kampung (MPKK) untuk menjaga masyarakat apabila sesuatu terjadi dalam kawasan setempat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, segala rungutan rakyat akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

"Segala maklumat dan penjelasan perlu disampaikan kepada rakyat kerana ini merupakan tugas kita.

"MPKK memainkan peranan di peringkat masing-masing untuk menjaga Kerajaan Negeri Terengganu agar rakyat mendapat maklumat, penjelasan dan pembelaan.

"Kita tidak mahu mendengar MPKK hanya duduk bersahaja kerana sikap ini akan merosakkan nama baik kerajaan.

"Jentera kita mesti menjiwai kehendak kerajaan iaitu menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelantikan MPKK Seberang Jerteh di Pejabat Al-Aqsa, Seberang Jerteh, baru-baru ini (18 Ogos).

Pelantikan ini diadakan untuk memenuhi saranan kerajaan agar semua rakyat mendapat penjelasan dan maklumat kerajaan.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa MPKK juga disarankan untuk menunaikan solat di masjid kerana ia merupakan tempat untuk menyebarkan maklumat sekaligus mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung.

Tag: