• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

MPKK Perlu Bergerak Selari Hasrat Kerajaan



Oleh : Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta melaksanakan gerak kerja selari dengan hasrat kerajaan dan berusaha meningkatkan imej kerajaan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, semua ahli jawatankuasa MPKK ditagih memberi komitmen mentadbir urusan rakyat di kampung masing-masing tanpa pilih kasih.

"Marilah kita semua berkerjasama bagi membangunkan Negeri Terengganu dengan memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya dari pimpinan kerajaan sehinggalah kepada rakyat.

"MPKK juga perlu berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti politik,"katanya.

Beliau berucap demikian di Majlis Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa MPKK DUN Tepuh, di sini, 19 Oktober.


Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Tepuh itu dihadiri 28 pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK di seluruh DUN itu.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Mohamad Nazir.

Sementara itu dalam ucapan terdahulu, Mohamad berkata, MPKK berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat dan memastikan bantuan dapat disalurkan dengan tepat kepada sasaran.




Tag: