• 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445

MPKK Perlu Tahu Asas Kendali Kebakaran

Zulkifli mengendalikan slot khas kepada Ahli MPKK.


Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memiliki ilmu mengendalikan kebakaran dan menggunakan pemadam api supaya mampu mengelak tragedi yang  boleh memusnahkan harta serta mengancam nyawa.

Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Zulkifli Md Akhir berkata, mereka disaran mendalami asas mengendalikan sebarang situasi kecemasan kebakaran dari semasa ke semasa.

Peserta melakonkan cara pengendalian pemadam api.
 

 Melalui pengalaman pihak bomba, ramai ingin membantu pihak bomba ketika kecemasan berlaku namun tiada ilmu untuk mengendalikannya. 

"Oleh itu, kerjasama antara MPKK dengan balai berdekatan sangat membantu.

 "Mereka boleh mengadakan latihan dan praktikal dalam memperkukuhkan pengetahuan supaya dapat bertindak terlebih dahulu ketika kecemasan kebakaran sebelum bomba sampai," katanya ketika mengendalikan slot khas dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera di Akademi Bomba Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, semalam.

Slot pengendalian kebakaran merupakan satu-satunya slot khas yang diadakan untuk MPKK daerah yang berkursus di akademi tersebut.

Anggota bomba yang terlibat membantu peserta kem.



Tag: