• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

MPKK Saluran Pertama Aduan Rakyat

Wakil pusat khidmat, MPKK dan i-MiTS bergambar bersama salah seorang pesakit.
Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN, 18 Oktober - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diwujudkan bertanggungjawab menyampaikan pemasalahan rakyat kepada kerajaan.

Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Zahiyah Abdul Rahman berkata, masyarakat perlu bekerjasama dengan MPKK supaya setiap masalah penduduk kampung dapat disalurkan kepada pusat khidmat masyarakat untuk sebarang tindakan.

"Setiap maklumat yang dilaporkan membolehkan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chukai menyusun jadual lawatan dan menyediakan bentuk bantuan yang diperlukan," katanya ketika menziarahi lima keluarga di empat buah kampung yang mempunyai ahli keluarga terlantar sakit.

Kampung yang terlibat iaitu Kampung Dusun Nyior, Kampung Tengah, Kampung Geliga dan Kampung Geliga Pantai diziarahi pusat khidmat bersama MPKK kawasan masing-masing dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Chukai.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS Chukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, setiap MPKK akan menyampaikan maklumat mengenai penduduk yang terlantar sakit sebelum program ziarah diadakan.

"MPKK perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya kerajaan tidak terlepas pandang permasalahan rakyat. Ini kerana mereka adalah saluran pertama aduan rakyat,” katanya.

Program ziarah memudahkan keperluan dan bentuk bantuan dapat dikenal pasti.
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chukai turut memberi sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi.


Tag: