lightning-solid
Berita :
MPTN Miliki Tanggungjawab Besar Pastikan Khazanah Alam Terengganu Terpelihara
MPTN Miliki Tanggungjawab Besar Pastikan Khazanah Alam Terengganu Terpelihara
Adli Mohamad
22 Aug 26
3

SETIU, 22 Ogos - Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyokong usaha kerajaan negeri bagi memastikan khazanah alam semulajari Terengganu diurus secara berhemah, terancang dan berterusan.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, pihaknya memberi penekanan terhadap peranan yang perlu dilakukan MPTN dalam memastikan khazanah biodiversiti negeri sentiasa terpelihara dan kekal lestari.

"Kita tidak mahu pembangunan berlaku dengan mengorbankan alam sekitar. Sebaliknya, kita mahu pembangunan dan pemeliharaan alam bergerak seiring.

"MPTN perlu terus menjadi antara peneraju dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti, meningkatkan kesedaran masyarakat, memperkukuh pendidikan alam serta mengalakkan penglibatan komuniti dalam penjagaan khazanah alam negeri,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Festival Setiu Wetland, Kampung Pengkalan Atap, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut , beliau berkata apa yang utama dan penting adalah usaha yang dilakukan tersebut merupakan satu amanah untuk diteruskan oleh generasi akan datang.

"Kita mahu anak-anak dan cucu-cucu kita nanti masih berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi Setiu, mengenali kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di sini serta memahami bahawa alam yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada tanggungjawab yang kita laksanakan bersama,"ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan