Jalur Gemilang
Berita :
Muat Turun Setel Bayar Parkir Elak Kena Kompaun
Muat Turun Setel Bayar Parkir Elak Kena Kompaun
Rohayati Ripin
2 jam yang lepas
56

KUALA TERENGGANU, 18 Oktober – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mula menguatkuasakan tindakan kompaun terhadap kesalahan tempat letak kereta bermula hari ini.

Menerusi laman rasmi, pengguna tempat letak kereta di bawah seliaan MBKT disarankan menggunakan aplikasi Setel bagi membuat pembayaran parkir dan mengelakkan tindakan kompaun.

Pengguna juga diingatkan supaya memastikan bayaran parkir dibuat sebelum meninggalkan kenderaan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

Kegagalan membuat bayaran parkir akan menyebabkan pengguna berdepan tindakan kompaun mengikut peraturan yang ditetapkan.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Setel menerusi Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk memudahkan urusan pembayaran parkir.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak MBKT menerusi talian hotline 096261139 atau e-mel malbase.kt@malbase.com.my.




Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan