• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Muktamar PAS: ‘Ahli Perlu Sumbang Kepada Perjuangan PAS’ – Abdul Hadi


Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

KUANTAN, 23 Jun - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak ahli PAS menyumbang sesuatu untuk memenangkan perjuangan PAS sebagaimana disarankan oleh Mursyidul Am, Dato’ Hashim Jasin.

Katanya, ahli PAS jangan bertanya apa sumbangan parti kepada mereka tetapi perlu bertanya apa sumbangan mereka kepada parti dan perjuangannya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Dato' Hashim Jasin.
Katanya, perjuangan PAS adalah kesinambungan perjuangan ulama zaman silam yang perlu diteruskan generasi hari ini dan akan datang.

Beliau berkata, perjuangan itu diteruskan dengan kadar kemampuan yang ada walaupun tidak sama dengan kemampuan lawan.

“Ada orang yang mampu memberi sumbangan RM10 dan ada orang yang boleh memberi sumbangan lebih dari itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Allah tidak bertanya mengapa tidak berjaya mencapai kemenangan tetapi Allah bertanya apa sumbangan anda untuk mencapai kemenangan.


Tag: