• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Muktamar PAS Bermula Esok Mengikut SOP KKM

KUALA TERENGGANU, 5 November - Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 bermula esok hingga 7 November ini akan mematuhi ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia bertepatan dengan keadaan negara yang kini dalam proses pemulihan pasca Covid-19.

"PAS Pusat mempunyai perwakilan seramai 1,546 orang membabitkan perwakilan kawasan, dewan-dewan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sendiri dan juga Majlis Syura Ulama, daripada jumlah tersebut yang akan berada di Kuala Terengganu adalah seramai 694 orang.

"Manakala perwakilan dari negeri akan berada di negeri masing-masing, namun begitu bagi memeriah negeri yang menjadi tuan rumah kita telah memutuskan untuk membuat ketetapan supaya semua*Yang DiPertua PAS (YDP) di seluruh negara membabitkan 197 kawasan juga perlu berada di sini.

"Perwakilan kawasan pula akan berada di negeri masing-masing, sebagaimana biasa oleh kerana Terengganu menjadi tuan rumah, semua perwakilan PAS negeri ini menerusi lapan kawasan akan hadir secara fizikal, juga akan turut melibatkan perwakilan dari negeri jiran Pahang dan Kelantan menjadikan jumlah kesemuanya 694 orang membabitkan perwakilan sahaja," ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian pada sidang media,sempena muktamar  di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Muktamar Tahunan PAS pada kali ini, Dr Alias Razak.

Kata Takiyuddin, bagi memastikan perjalanan muktamar berkenaan berjalan dengan lancar, ia akan melibatkan perkara-perkara yang menjadi keutamaan sahaja.

"Sebagai contoh pada tahun ini kita tidak menjemput rakan-rakan politik yang lain, samada yang ada hubungan dengan PAS ataupun tidak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga tidak dijemput.

"Kita hanya menjemput mereka yang tertentu sahaja, sebagai contoh, veteren PAS, jemputan dari luar negara, itu memang jelaslah tidak ada," katanya.

Selama dua hari muktamar berkenaan diadakan katanya,Majlis Perasmian akan dimulakan dengan ucapan dasar Presiden, selain membentangkan peringatan mesyuarat yang dahulu dan membentangkan laporan.

"Kemudian kita akan adakan sesi pemilihan kemudia kita akan teruskan dengan usul-usul yang mana kita jangkakan akan berakhir pada 10.30 malam hari pertama.

"Manakala pada hari kedua akan meilbatkan dua agenda sahaja, termasuk mengumumkan keputusan pemilihan parti, yang mana diumumkan pada hari kedua kerana terpaksa menunggu keputusan daripada setiap negeri yang akan menjalani proses penggundian menggunakan 'E-Voting'," ujarnya lagi.

 

 

 

 


Tag: