• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Muktamar PAS: 'Kukuhkan Muafakat Politik'- Ir Khairil Nizam

Ir Khairil Nizam Khirudin.

KUANTAN, 23 Jun -Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kepimpinan baharu PAS memperkukuhkan muafakat  politik Malaysia.

Ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, politik yang dibawa oleh PAS adalah politik Islam yang menekankan politik damai  berasaskan tiga strategi asas.

“Ini termasuk tahaluf siasi dengan gagasan sejahtera dan perlu diperkasakan gagasan tersebut.

“Yang kedua kita ada taawun siasi dengan seteru politik kita sebelum ini (UMNO) dan kita lebar luaskan dengan kawan-kawan kita dari MCA dan MIC melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kita melaksanakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir sebagai  Perdana Menteri atas kesetabilan politik negara,” jelasnya.

Justeru katanya PAS digelarkan pembangkang konstraktif dan setia.

Beliau berkata demikian ketika menyamoaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Katanya,salah satu visi dan misi PAS ialah menyutukan  rakyat dengan formula Islam.

"Kepimpinan PAS di semua peringkat disarankan tidak perlu malu memaafkan sekutu politik sebelum ini," katanya.



Tag: