• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Muktamar PAS : MB Terengganu Kini Naib Presiden PAS Baharu


KUANTAN, 21 Jun - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini sah menjadi Naib Presiden PAS untuk sesi 2019 hingga 2021.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, keputusan itu berikutan salah seorang penyandang kerusi tersebut, Datuk Iskandar Samad tidak menjawab surat pengesahan pencalonannya.

Jelasnya, empat calon layak untuk bertanding kerusi naib presiden namun Iskandar tidak mengambil tindakan seperti yang sepatutnya.

"Untuk jawatan naib presiden, hanya tiga orang yang menjawab untuk bertanding. Beliau bukan tarik diri cuma cara macam tak nak bertanding," ujarnya.

Ini sekaligus menjadikan ketiga-tiga calon yang lain menang tanpa bertanding.


Tambah Mohd Fuad, dua lagi naib presiden PAS bagi sesi 2019 hingga 2021 Idris Ahmad dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang merupakan penyandang terdahulu.

Sementara itu, Iskandar menyifatkan orang yang sesuai untuk menduduki jawatan naib presiden sepatutnya berprofil tinggi dan beliau berpendapat Ahmad Samsuri menepati ciri berkenaan.

"Sebagai MB Terengganu saya rasa dia calon yang sesuai untuk jawatan itu.

"Kita (PAS) dah ada seorang timbalan menteri besar iaitu Mohd Amar, ada juga Ustaz Idris iaitu yang orang lama," katanya lagi semasa ditemui media selepas penangguhan muktamar petang ini.

Tag: