• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Muktamar PAS: ‘Persiap Hadapi PRU15 Lebih Awal’- Dr Ahmad Samsuri

Dr Ahmad Samsuri Ahmad.
KUANTAN, 23 Jun – PAS mengarahkan ahli parti membuat persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) lebih awal kerana usia Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak panjang.

Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) berkata, ini kerana berlaku pergolakan genting dalam kepimpinan PH di peringkat pusat memungkinkan piliahanraya itu diadakan tidak sampai empat tahun lagi.

Katanya, pergolakan dalaman kepimpinan PH Pusat memungkinkan pelabur asing mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat pelaburan di Malaysia.

Justeru, setiap ahli perlu membuat persiapan awal dalam semua aspek untuk menghadapi  PRU15.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Katanya, untuk mencapai kejayaan dalam pilihanraya tersebut JPPP telah meletakkan lima objektif pencapaian termasuk memperkasakan program tarbiyah ahli, memperkasakan organanisi, melebarkan dakwah Islam dalam masyarakat, menguasai beberapa buah negeri dan menguasai beberapa kerusi parlimen.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, untuk tujuan itu lima objek perlu dicapai termasuk pemerkasaan parti dan transformasi imej, pertabiyahan ahli dan pemantapan organisasi ahli dan membina hubungan dengan pelbagai pihak.

PAS juga katanya berhasrat untuk menangani media sosial dan penerangan lebih berkesan dan tidak beredar di kalangan ahli sahaja.

“Apa yang berlaku sebelum Pilihanraya Umum Ke-14, medium media sosial dan penerangan hanya berkisar di kalangan ahli sahaja,” jelasnya.


Tag: