Berita :
Musuh Tidak Peduli Sunni Atau Syiah, Islam Tetap Diperangi
Musuh Tidak Peduli Sunni Atau Syiah, Islam Tetap Diperangi
Adli Mohamad
8 jam yang lepas
235

KUALA NERUS, 5 April - Umat Islam diseru bersatu kerana musuh tidak melihat perbezaan sunni atau syiah, sebaliknya menyerang Islam secara keseluruhan. 

Presiden PEJUANG, Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkata, musuh kuat pada hari ini bukan disebabkan mereka memiliki kekuatanya sebaliknya umat Islam yang lemah kerana berlaku perpecahan dalaman.

Jelasnya, realiti konflik yang berlaku di negara umat Islam seperti Palestin, Gaza, Kashmir dan Yaman sebagai bukti bahawa penindasan tidak memilih mazhab, sebaliknya menimpa umat Islam secara keseluruhan pengorbanan sekolompok syiah dalam menentang penindasan umat Islam tidak boleh dinafikan.

"Jangan kerana perbezaan teologi kita menafikan keadilan. Ada antara mereka (syiah) yang ikhlas berjuang dan berkorban untuk umat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Pidato Perdana Penyatuan Ummmah Malaysia Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata perpaduan bukan bermaksud keseragaman, sebaliknya menuntut keutamaan terhadap kepentingan ummah mengatasi ego dan perbezaan dan turut mengkiritik pihak yang lebih mengutamakan sempadan umat Islam berbading kesatuan global.

"Allah tidak menyebut umat berdasarkan negara, tetapi umat yang satu. Kita yang meletakkan sempadan itu lebih tinggi daripada kesatuan akidah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam agar menghentikan perpecahan, meninggalkan persengketaan lama serta kembali bersatu di bawah panji tauhid.

"Bangkit sebagai satu ummah. Bila kita berdiri bersama, dunia akan gentar dan kemenangan itu akan menjadi milik kita, insya-Allah," tegasnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan