Jalur Gemilang
Berita :
Muzium Fotografi Diraja Bakal Dibuka Tahun Depan, Tarikan Baharu Tahun Melawat Terengganu 2027
Muzium Fotografi Diraja Bakal Dibuka Tahun Depan, Tarikan Baharu Tahun Melawat Terengganu 2027
Rohayati Ripin
11 jam yang lepas
50

KUALA TERENGGANU, 20 Oktober – Muzium Fotografi Diraja Sultan Ismail Nasiruddin Shah disasarkan dibuka kepada orang ramai pada suku kedua 2027, sekali gus bakal menjadi produk pelancongan warisan baharu sempena Tahun Melawat Terengganu 2027.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pembangunan muzium di Rumah Tiang Kembar, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu itu merupakan usaha memelihara legasi fotografi diraja, selain menjadikannya pusat rujukan, penyelidikan dan pendidikan berkaitan sejarah fotografi negara.

Menurutnya, muzium berkenaan bakal menempatkan koleksi foto bersejarah, karya fotografi terpilih, kamera vintaj serta peralatan fotografi dan studio yang mempunyai nilai sejarah.

“Muzium ini dirancang untuk menempatkan koleksi fotografi bersejarah, kamera vintage, dan peralatan studio, di samping berperanan sebagai pusat rujukan, penyelidikan, dan pemeliharaan khazanah fotografi negara. 

“Yang mana, anjurannya diharap dapat memperkukuh kedudukan Terengganu sebagai sebuah negeri yang menghargai kreativiti, memelihara warisan budaya, dan memanfaatkan seni sebagai sebahagian daripada pembangunan pelancongan negeri,” jelasnya.

Kata beliau ketika pada majlis Sultan Mizan International Photography Awards (SMIPA) 2025 di Taman Tamadun Islam, semalam.

Jelasny, pembangunan muzium itu turut membawa kepentingan sejarah menerusi legasi Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang dikenali sebagai tokoh fotografi diraja dan pernah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Terengganu mempunyai sejarah dan warisan yang cukup istimewa dalam bidang fotografi, khususnya melalui pelibatan al-marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, seorang tokoh fotografi diraja yang telah memperoleh pengiktirafan di peringkat antarabangsa. 

“Antara pencapaian dan pengiktirafan yang diterima oleh baginda termasukkannya memenangi Anugerah Utama Malayan International Photography Salon di Singapura pada era 1950-an, dianjurkan gelaran Associateship (ARPS) oleh Royal Photographic Society United Kingdom pada tahun 1958, dianugerahkan keahlian seumur hidup kehormat oleh Photographic Society of Singapore pada tahun 1960, dan menerima pengiktirafan Excellence (FIAP) daripada Federation Internationale de l'Art Photographique pada tahun 1966.

Dalam perkembangan berkaitan, SMIPA 2025 yang dianjurkan kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menjadi platform untuk memartabatkan fotografi sebagai medium dokumentasi warisan, budaya, sejarah dan khazanah alam semula jadi.

Pertandingan itu merupakan kesinambungan Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) yang sebelum ini memberi tumpuan kepada fotografi bawah air dan biodiversiti marin sebelum diperluaskan kepada lima kategori, termasuk alam semula jadi, hidupan liar, warisan, kebudayaan, kehidupan masyarakat dan filem pendek.

Tambah beliau, SMIPA merupakan kesinambungan daripada Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) yang sebelum ini memberi tumpuan kepada fotografi dasar laut dan biodiversiti marin di perairan Terengganu.

SMIPA 2025 berjaya menarik penyertaan 202 peserta, terdiri daripada 193 peserta tempatan dan sembilan peserta luar negara, dengan sebanyak 385 karya diterima termasuk 11 penyertaan video pendek antaranya ialah China, Singapura dan Indonesia.

Jelasnya, pertandingan berkenaan menawarkan hadiah keseluruhan RM80,000, sekali gus membuka ruang kepada penggiat fotografi untuk mengetengahkan kreativiti dan keunikan Terengganu melalui karya masing-masing.

 "Antara destinasi dan khazanah negeri yang diketengahkan menerusi karya peserta ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol, Tanah Bencah Setiu, Tasik Kenyir dan seni kraf tempatan seperti batik, songket serta pertukangan tembaga," tambah beliau.

Justeru itu, Penganjuran SMIPA bersama pembangunan Muzium Fotografi Diraja dijangka dapat  memperkukuh kedudukan Terengganu sebagai destinasi pelancongan berasaskan seni, budaya, warisan dan alam semula jadi di peringkat antarabangsa.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan