Berita :
NSL 2026: Terengganu Marvels Idam Kelompok Tiga Terbaik
NSL 2026: Terengganu Marvels Idam Kelompok Tiga Terbaik
Mohd Irsyadi Abu Bakar
12 jam yang lepas
59

KUALA LUMPUR, 11 April - Setelah dua tahun berturut-turut berada di tempat kelima dalam Liga Super Bola Jaring Malaysia (NSL), Terengganu Marvels hadir meletakkan sasaran untuk mengungguli kelompok tiga pada musim ini.

Pengurus pasukan, Wan Sarimah Wan Razak berkata, sebagai langkah merealisasikan hasrat tersebut, Terengganu Marvels dua pemain berpengalaman iaitu dari Malawi, Tendai Masambar dan pemain Namibia, Cornelia Mupenda.

"Kita memang membuat pemilihan rapi dengan mendapatkan khidmat duo import dari benua Afrika.

"Kalau diikutkan pemilihan pemain tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

"Jadi, kita akan cuba yang terbaiklah, sebab dari segi persiapan pasukan lain juga agak bagus," katanya ketika ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Pemain Terengganu di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim dan dihadiri barisan penaja pasukan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Terengganu (TNA), Zuraida Md Noor memaklumkan, tahun ini pasukannya lebih besedia.
Jelasnya, selepas berakhirnya NSL musim lalu Terengganu Marvels telah membincangkan strategi dan pelan tindakan terbaik untuk musim ini.

"Kita sasarkan tiga terbaik kerana kita mengekalkan muka-muka lama yang berpengalaman, walaupun ada yang baru.

"Berbanding tahun lalu, tahun ini pasukan bersedia dengan latihan lebih lama, selain kerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan prestasi.

"Berkenaan import, kita perlu ambil import yang berpengalaman, sebenarnya bukan Terengganu sahaja, mana-mana pasukan pun begitu.

"Mereka sangat cemerlang, setakat ini kami sangat berpuas hati dan bagi saya ia mewujudkan kombinasi terbaik bersama pemain tempatan," katanya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan