• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Nuqman Faris Juara 40km Kejohanan Kuda Lasak Piala MB



Nuqman Faris Rozi muncul juara kategori 40 kilometer individu Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang bermula awal pagi tadi.

Nuqman menerima hadiah wang tunai RM3,500, medal dan piala yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.


Tempat kedua, Mohd Azizie Ismail manakala kedudukan ke ketiga, Asmusrairi Abdullah masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,500.

Juara kategori 80 kilometer individu lelaki dimenangi Mohd Bulhari Rozali dari RTES menerima wang tunai RM3,000 manakala kedua, Mohd Yusran Yusof dan tempat ketiga, Dato' Seri Sharifuddin Ab Ghani masing-masing menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000

Mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang turut menyampaikan hadiah kepada beberapa kategori lain.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.


 





Tag: