• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Nurasma'a Teraju Gawang TLHT Aksi Malam Ini

Nurasma'a.
KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Ketiadaan penjaga gol utama dari Kazakhstan, Guzal Bakhavaddin yang terpaksa pulang ke negaranya, bukan alasan bagi Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) untuk memberikan cabaran mudah kepada pasukan lawan dalam aksi separuh akhir Piala Vivian May Soar yang akan berlangsung di Stadium Hoki Kebangsaan, Bukit Jalil malam ini.

Penjaga gol pasukan, Nurasma’a Ahmad Kamil, 22, berkata, beliau bersedia untuk beraksi sebagai tonggak utama di gawang pasukan memberikan saingan sengit kepada pasukan di kedudukan ketiga Liga Hoki Wanita Malaysia 2020, PKS Uniten.

“Untuk piala ini, saya telah bersedia fizikal dan mental dari awal dan saya telah beberapa kali beraksi menggantikan penjaga gol utama dalm saingan liga, baru-baru ini.

Barisan pemain TLHT 2020.
“Memang ada sedikit tekanan bagi kami sebab tahun lalu kami bergelar juara, jadi untuk kekalkannya bukanlah senang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menganggap ia merupakan peluang untuk membawa pulang kejayaan ke negeri Terengganu.

Kami jadi naib juara TNB-LHM (Wanita) 2020 kali ini, jadi kami akan cuba rebut piala ini untuk Terengganu,” katanya.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu merupakan antara tonggak utama TLHT selama empat musim berturut-turut.



Tag: