• 18 Jan 2021 | 4 Jamadil Akhir 1442

NUSA Bantu Asnaf Anjur Program Amal Bulanan

MARANG, 18 Ogos - Norlan United Skuad Amal (NUSA) di bawah Program Amal Asnaf Bulanan telah turun membantu 10 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.

10 buah keluarga tersebut merupakan penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, hilang punca pendapatan akibat COVID19, ibu tunggal, penghidap sakit kronik dan lain-lain.

Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia, Muhammad Faris Abdul Muluk berkata program itu merupakan program tahunan yang diadakan secara bulanan dan akan berterusan pada setiap bulan.

“Buat masa ini, bantuan ini mungkin belum merangkumi di keseluruhan tempat, tapi kebanyakannya telah mula menyasarkan semua daerah di Terengganu.”

“Pihak NUSA melalui Tanggungjawab Sosial Korperat (CSR) juga melakukan kerjasama dengan agensi serta Pejabat DUN, serta ada juga yang diusahakan sendiri melalui pekerja syarikat.”

Turut hadir adalah Petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Rendang, Bukit Rhu Rendang, Rhu Rendang Pantai, Kijing, Kijing Pantai serta Paya.

Menurutnya lagi, anggaran bajet yang diperuntukkan untuk program ini adalah sebanyak 350 pek sebulan.

Antara bentuk sumbangan adalah merupakan keperluan asas atau harian, kerusi roda malah ada juga melalui tenaga gotong royong di rumah-rumah.

Sementara itu, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, pihaknya mengalu-alukan NUSA yang sudi memberi bantuan kepada mereka yang layak di sekitar DUN Rhu Rendang.

"Tanggungajawab sosial daripada syarikat korperat seperti ini juga boleh membantu agensi-agensi dan jabatan lain dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat dan masyarakat", ucapnya.


Tag: