Jalur Gemilang
Berita :
Para SUKMA 2026: Boccia Hadiah Dua Pingat Untuk Terengganu
Para SUKMA 2026: Boccia Hadiah Dua Pingat Untuk Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
6 jam yang lepas
64

SHAH ALAM, 10 September - Pasukan Boccia menyumbang dua pingat buat kontinjen Para SUKMA Terengganu setelah meraih pingat gangsa pada hari terakhir Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026, hari ini.

Pingat tersebut diperolehi menerusi Mohamad Aswandi Ayob yang menewaskan pesaing dari Sabah, Mohammad Nazmi Linus dengan keputusan 5-3, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga kategori BC1 lelaki individu, sebentar tadi.

Jurulatih pasukan, Nor Fazura Salleh@Ismail, menzahirkan kesyukuran atas kemenangan itu.

"Kejayaan itu melengkapkan dua pingat buat pasukan Boccia selepas tonggak kebangsaan, Mohamad Hanafi Mohd Rosli menyumbang pingat Emas dalam kategori BC4 Terbuka Individu, sebelum ini.

"Kita sasarkan satu emas, satu perak dan satu gangsa tetapi kali ini kami mampu bawa balik dua pingat setelah salah seorang atlet kita, sakit ketika pertandingan baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan di Dewan Besar Tanjung MBSA, hari ini.

Dalam pada itu Fazura turut berharap, Para SUKMA pada penganjuran akan datang dapat membuka lebih luas ruang dari segi had usia penyertaan bagi menyaksikan lebih banyak kategori dan acara dapat dipertandingkan.

"Kita ada individu yang berkrusi roda, tetapi agak sukar mencari atlet yang berkelayakan untuk bermain dengan menepati syarat sukan dipertandingkan," katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan