SHAH ALAM, 8 September - Atlet-atlet Terengganu kekal menunjukkan prestasi terbaik sepanjang temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 berlangsung.
Ketua Kontinjen Para Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli menyifatkan, sikap dan kesungguhan yang ditunjukkan menjadi motivasi terbesar bagi pasukan walaupun berdepan cabaran cuaca dan yang paling utama; cabaran pengalaman.
"Cabaran dalam temasya sukan kali ini memang agak besar, sebab kita ramai atlet baru dan ada yang tidak pernah lagi masuk acara pertandingan di Para SUKMA ini.
"Cuma dari sudut kelebihan, apabila ada atlet baru ini, dia mudah untuk ikut (dilatih). Maksudnya jurulatih sebut (beri tunjuk ajar) mereka mudah untuk ikut berbanding dengan orang yang orang lama dan sudah ada pengalaman.
"Tetapi bagusnya, mereka masih boleh bersaing dengan atlet-atlet lama yang dalam ni. Setakat ini nampak okey lagi.

Dalam pengurusan atlet dan kontinjen , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu turut dibantu Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Terengganu, Asmadi Mohamad yang bertindak sebagai timbalannya.
Setakat petang ini, Terengganu berada di kedudukan kesepuluh dengan empat pingat emas, tujuh perak dan sepuluh gangsa.