• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

'PAS Sedia Hadapi PRU15' -Abdul Hadi

Ketibaan Tuan Guru Presiden PAS Ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65. 
Oleh: Fidee Aziz

KUANTAN, 21 Jun- PAS mengambil pendekatan untuk mengarah semua jentera parti membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan strategi yang berkesan.

Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata jentera parti perlu bersedia lebih awal bagi mengharungi pilihanraya tersebut dengan melakukan gerak kerja yang berstrategi.

“Saya menyeru seluruh organisasi PAS untuk mengatur persiapan bagi menghadapi PRU15 yang boleh berlangsung lebih awal daripada tempoh lima tahun dari sekarang.

“Keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pendaftaran pengundi, pelebaran pengaruh dan penguasaan media secara berstrategi," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man dan wakil-wakil kedutaan asing.

Dr Ahmad Samsuri berkata, kerja asas Jabatan Pilihan Raya perlu disepadukan di semua peringkat melibatkan kesediaan jentera, latihan, simulasi dan kewangan mengikut tanda aras dan arahan yang ditetapkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan bahawa sebarang kerjasama politik, pembahagian kerusi dan pemilihan calon perlu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS pusat.

Tag: