DUNGUN, 18 Oktober – Pekebun di Kampung Tepus, Hulu Dungun, Terengganu, merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani gangguan gajah liar yang berulang kali memasuki kebun dan memusnahkan tanaman sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.
Dalam kejadian terbaru kira-kira empat hari lalu, beberapa pekebun mengalami kerugian apabila tanaman pisang yang hampir sedia dituai dimusnahkan haiwan berkenaan.

Keadaan itu turut menyebabkan mereka hilang semangat untuk menanam semula kerana bimbang kejadian sama berulang.

Pekebun juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di kebun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Mereka berharap tindakan segera dan berkesan dapat dilaksanakan bagi melindungi tanaman, mengurangkan kerugian serta menjamin keselamatan penduduk yang bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan.