lightning-solid
Berita :
Pelakon Terkenal Akui Terengganu Negeri Paling Bahagia
Pelakon Terkenal Akui Terengganu Negeri Paling Bahagia
Adli Mohamad
1 jam yang lepas
50

KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Pelakon Terkenal, Sharifah Shahora Syed Akil, 52, mengakui Terengganu sebagai negeri paling bahagia di Malaysia berdasarkan pemerhatiannya sepanjang berada di negeri ini.

Menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, beliau menyatakan suasana di Terengganu cukup menenangkan dengan masyarakatnya  yang baik hati dan sentiasa murah senyuman. 

"Menurut 'survey' Terengganu (merupakan) negeri yang paling bahagia dalam Malaysia Memang saya rasa kebahagiaan itu, orangnya senyum selalu.

"Walaupun bandar jalan tak banyak kereta, makanan pun sedap. Dapatlah sentuh Jambatan Angkat Terengganu," ujarnya melalui kenyataan tersebut, semalam.

Perkongsian beliau menikmati keindahan sekitar bandar di negeri ini mendapat reaksi yang cukup positif.

Warga maya rata-ratanya bersetuju bahawa suasana di negeri ini damai, penduduknya rahmah dan memiliki kepelbagaian makanan menjadi antara faktor Terengganu sering dikaitkan dengan kehidupan yang lebih tenang dan membahagiakan.

Terdahulu,Terengganu dinobat sebagai negeri paling bahagia di Malaysia apabila mencatat skor 8.64 dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kejayaan itu meletakkan Terengganu dalam kategori sangat bahagia sekali gus menggambarkan kesejahteraan sosial dan kualiti hidup yang tinggi di negeri Pantai Timur itu


Tag :

Artikel Berkaitan