• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pengusaha Kedai Gunting Syukur Terima Sumbangan

KUALA TERENGGANU, 17 Februari – Pengusaha kedai gunting Yen Hairstyle, Mohd Azreen Chik, 30, bersyukur apabila menerima sumbangan kerusi gunting rambut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. 

Menurut Mohd Azreen, bantuan itu sedikit sebanyak membantunya melancarkan operasi kedai.

“Sebelum ini saya hanya menggunakan kerusi rumah saya untuk gunting rambut pelanggan.

Kerusi yang digunakan sebelum ini

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi hantar sendiri kerusi ini ke premis saya,” kata Mohd Azreen ketika ditemui pemberita di premis perkhidmatannya di Kampung Tok Adis, semalam. 

Menurut beliau lagi, perkhidmatan menggunting rambut telah dimulakan sejak tahun 2009 namun hanya mengambil upah daripada rakan-rakan. 

“Saya mulakan perniagaan Yen Hairstyle ini pada tahun 2019 dan alhamdulillah menerima sambutan yang baik daripada penduduk setempat,” tambahnya lagi. 

Kerusi baharu diserahkan oleh ADUN Batu Buruk