lightning-solid
Berita :
Peniaga Kecil Bersyukur Terima Bantuan Peralatan Niaga
Peniaga Kecil Bersyukur Terima Bantuan Peralatan Niaga
Abdul Fattah Kamarudin
07 Jan 26
126

MARANG, 8 Januari – Perniaga kecil, Nuruain Nadira Ibni, 31, bersyukur apabila terpilih menerima bantuan peralatan perniagaan daripada kerajaan negeri melalui skim Dana Usahawan Terengganu (DUTE). 

Katanya, peralatan memasak itu sangat membantunya untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Nurain yang mengusahakan jualan goreng pisang, air batu campur dan masakan panas berkata, perniagaan tersebut merupakan warisan keluarga yang dimulakan oleh ibunya sejak tahun 2000, sebelum diambil alih olehnya dua tahun lalu.

IMG_0465.jpeg 4.47 MB
Menurutnya, dia telah membantu ibunya menjalankan perniagaan itu sejak usia remaja, iaitu hampir 19 tahun, sebelum meneruskan legasi keluarga tersebut secara sepenuh masa.

“Peralatan sedia ada seperti dapur memasak dan mesin yang digunakan sebelum ini sudah rosak, dan kos untuk menggantikannya agak tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di gerainya, semalam.

Jelas Nurain, setelah mengetahui permohonan skim bantuan usahawan dibuka, dia mengambil peluang untuk memohon dan bersyukur apabila permohonannya diluluskan.

“Bila bantuan ini lulus, saya nak ucap terima kasih kepada YB Ustaz Sulaiman Sulong” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkasa usahawan kecil, khususnya peniaga mikro, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan lebih lancar dan berdaya saing.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk memastikan bantuan yang disediakan benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat di peringkat bawah.


Tag :

Artikel Berkaitan