• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Penjawat Awam Perlu Komited Laksana Tugas


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan penjawat awam agar komited dengan tugas yang diamanahkan.

Katanya, komitmen yang jitu adalah perlu bagi memastikan apa yang diperkenalkan kerajaan diterima rakyat.

Malah katanya, sebagai pelaksana kepada dasar dan polisi dibuat kerajaan, penjawat awam seharusnya memahami terlebih dahulu apa perlu disampaikan kepada rakyat.

"Contohnya, transformasi yang dibuat oleh kerajaan melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

"Seharusnya, penjawat awam perlu tahu apa yang berlaku termasuk projek-projek pembangunan serta dasar-dasar yang dibuat menerusi transformasi ekonomi, politik dan kerajaan,"ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Tengahari Bersama Ketua Jabatan dan Penjawat Awam Sempena Lawatan Kerja SUK Ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus di TH Hotel, semalam.

Wan Nawawi berkata, beliau mengharapkan penjawat awam dapat menjiwai tugasan yang diamanahkan dan melakukan setiap kerja dengan memberikan yang terbaik.


Terdahulu, dalam lawatan kerja itu, Wan Nawawi turut mengadakan perjumpaan bersama-sama ketua jabatan daerah Kuala Nerus pada sebelah pagi sebelum meninjau tapak projek litar permotoran di Gong Badak.


Tag: