• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Penyelaras DUN Langkap Laksana Korban Bersama Masyarakat

Azmi Maarof (tiga dari kiri) melapah daging bersama petugas.
Oleh: Ariss Alias

SETIU - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof turun padang menghadiri Majlis Qurban Hari Raya Haji di Surau Haji Salleh, Kampung Rahmat.

Menurutnya, program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Surau Haji Salleh ini amat baik kerana pengurusan ibadah qurban pada hari ini lebih sistematik dan teratur.


"Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Qurban Hari Raya Haji di Surau Haji Salleh, Kampung Rahmat, hari ini (22 Ogos).

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi sejurus solat sunat Aidiladha.

Sebanyak 3 ekor lembu ditumbangkan dan semua yang hadir terus menjalankan aktiviti melapah dan pembahagian daging.

Beliau sendiri turut membantu melapah daging bersama penduduk kampung.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Rahmat, Nordin Jusoh dan Pengerusi MPKK Kampung Rahmat, Nordin Hamid.



Tag: