• 15 Mei 2024 | 7 Zulkaedah 1445

Penyelaras DUN Permaisuri; Perutusan Hari Raya Aidiladha

Ustaz Zul Bhari A Rahman
Assalamualaikum wbt

لَبًَيْكَ الهُمَّ لَبَّيّكَ  .  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ .
اٍِنَّ الْحَْمْدَ  وّالنِّعمَۃَ لَكََ والْمُلْكَ  لَا شَرِ يّكَ لَكَ

Aku datang memenuhi panggilan Mu Ya Allah
Aku datang memenuhi panggilan Mu.
Aku datang memenuhi panggilan Mu tidak ada sekutu bagiMu.
Aku datang memenuhi panggilanMu.
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan adalah milik Mu.
Tidak ada sekutu bagi Mu.

Salam AidilAdha untuk semua warga Daerah Setiu Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri khususnya dan seluruh Warga Darul Iman amnya juga seluruh umat Islam.

Bersempena dengan ketibaan 10 Zulhijjah yang penuh dengan keberkatan ini, saya mengambil kesempatan daripada bumi Haramain Makkah Al-Mukarramah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban.

Mudah mudahan, Aidil Adha pada tahun ini akan memantapkan lagi semangat perjuangan mempertahankan agama Allah SWT dengan mengambil ibrah sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail alaihissalam.

Semoga dengannya akan mewujudkan semangat kerja jamaie dalam usaha mempertahankan kemenangan dan berusaha membawa negeri Terengganu Darul Iman kearah mencapai hasrat "Maju Berkat dan Sejahtera", maka marilah sama-sama kita memulakan langkah untuk melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan sebanyak yang termampu,  agar kita tergolong di kalangan hamba Allah yang bersyukur.

Mudah mudahan kita semua akan diberi keutamaan dan kelebihan, juga diberi kemudahan dalam semua urusan yang menuntut pergorbanan yang tidak kecil daripada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Salam Perjuangan.
Wassalam.

Zul Bhari A Rahman
07 Zulhijjah 1439
19 Ogos 2018
Makkah Al-Mukarramah

Tag: