• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Anak-anak perantau dinasihat untuk pulang mengundi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negeri dan negara.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Alias Razak berkata beliau yakin rakyat Terengganu memiliki semangat demokrasi yang tinggi lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) pada kali ini merupakan pungutan suara rakyat bagi menyatakan kekecewaan kepada parti pemerintah di Persekutuan.

"Pengundi akan (tetap) balik mengundi untuk memastikan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen Kuala Terengganu akan dimenangi dengan majoriti yang lebih besar.

"Ini akan memberi penekanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan jawatan bagi diberikan kepada yang lebih berkeupayaan ataupun kepada parti yang lebih mampu mentadbir negara dengan lebih baik," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya, di Pusat Media PAS, hari ini,

Menurutnya lagi, beliau mendapat maklum balas daripada anak Terengganu yang tinggi bersedia untuk pulang menunaikan tanggungjawab.

"Dengar khabarnya telah ramai yang ingin pulang dengan menyertai konvoi, berkongsi kereta dan beli tiket bas.

"Insya-Allah saya rasa melihat kepada trend pengundi awal semalam mencatatkan peratusan tinggi iaitu 97 peratus saya rasa ia akan mempengaruhi orang awam untuk melunaskan tanggungjawab mereka.

"Apatah lagu pengundi-pengudi PN sekarang ini benar-benar ingin menzahirkan sikap tidak puas hati dan sudah 'Fed up' dengan PMX ini, setelah lapan bulan tidak tahu ke mana hala tuju ekonomi, ini merupakan kegagalan kerana dalam tempoh lapan bulan tiada apa perubahan tanpa ada pelan 100 hari," katanya.