• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Permohonan Dana Bakti Remaja 2017 Dibuka Mulai Hari ini


Permohonan dan kemaskini maklumat program Dana Bakti Remaja 2017 dibuka mulai 16 Januari hingga 15 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan yang perlu dibuat secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon samada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu.

Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my

“Antara syarat kelayakannya, pemohon mestilah rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM1,500 sebulan.

“Berumur diantara 21 tahun hingga 40 tahun dan belum berkahwin pada tarikh pengisian borang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemohon juga wajib mendaftar sebagai daftar pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa).

Beliau berkata, borang permohonan yang telah diisi perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing.

Tag: