• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Peruntukan RM197 Ribu, Bina Dan Baik Pulih Rumah



Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) Hulu Terengganu memperuntukan sebanyak RM197,000 bagi membina dan baik pulih rumah di Hulu Terengganu sepanjang lalu.

Pegawai Mara Hulu Terengganu, Abdul Halim Rani berkata peruntukan tersebut disediakan untuk golongan yang layak mengikut syarat dibawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) untuk bantuan rumah yang lebih selesa.

Katanya, setakat tahun 2016 sebanyak 17 buah rumah telah di keluarkan peruntukan iaitu lima buah rumah bina baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong dan tiga di DUN Kuala Berang.

"Manakala 15 buah dibaik pulih iaitu lapan di Telemong dan tujuh di Kuala Berang.Tapi di DUN Ajil,kita tiada peruntukan ini kerana ianya dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

"Semua permohonan adalah melalui E-Kasih dan pihak kami meneliti setiap permohonan bagi pastikan hanya yang layak sahaja dapat bantuan ini dengan kos RM11,000 bagi baik pulih dan RM40,000 untuk bina baharu.

"Untuk tahun ini, sebanyak 40 permohonan dan sedang menunggu kelulusan bajet dari KLKW",katanya kepada pemberita  pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PBR Giat Mara Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, di Kampung Binjai Kertas,Kuala Berang, hari ini.



Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Sementara itu,salah seorang penerima, Zuliakha Puteh,49,berkata bantuan rumah tersebut amat dihargai kerana sebelum ini beliau hanya menyewa selepas berpisah dengan suaminya pada tahun 2015.

"Sejak berpisah,saya menumpang rumah kakak hampir setahun dan lepas itu menyewa rumah untuk lebih selesa dengan kadar RM100 sebulan.

"Walaupun sewa itu murah tapi keadaan rumah agak uzur dan tidak lagi selesa untuk besarkan anak-anak jadi bila dapat rumah dari MARA NI,saya cukup berterima kasih kerana dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak,"kata Zuliakha

Tag: