• 14 Apr 2021 | 2 Ramadhan 1442

Peruntukan RM250 Ribu ADUN UMNO, Kukuhkan Muafakat Nasional

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 16 Disember – Peruntukan sebanyak RM250 ribu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO adalah bukti Muafakat Nasional di Terengganu terus diperkukuh.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, perkara tersebut telah diluluskan dalam Persidangan DUN (Bajet 2021) pada 25 November yang lalu.

“Untuk menggambarkan Muafakat Nasional, dalam Bajet 2021 kita telah meluluskan RM250 ribu kepada ADUN Bukan Kerajaan. Ini satu komitmen yang sangat tinggi daripada kerajaan sebenarnya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam lintas langsung Bicara Khas Pasca Pembentangan Belanjawan Terengganu 2021 di Manis FM semalam.

Menurutnya, penglibatan ADUN dalam Sidang DUN sangat baik dan persidangan berjalan dengan lancar serta berjaya mewujudkan suasana demokrasi dalam persidangan bajet 2021.

“Sebenarnya ini kali pertama saya memberi peluang yang lebih ramai di kalangan ADUN Bukan Kerajaan yang mana tujuh orang daripada bukan ADUN dan lima orang daripada pihak kerajaan.

“Ini nak menggambarkan suasana demokrasi yang saya sebut iaitu suasana Muafakat Nasional,” ujarnya.


Tag: