• 07 Okt 2024 | 04 Rabiul Akhir 1446

Pesta Pantai Kembali Lagi



Penganjuran Pesta Pantai 2017 secara serentak di dua lokasi berbeza di Terengganu sempena cuti persekolahan bermula 17 hingga 25 Mac ini bukan saja  dapat mengembalikan cara kehidupan orang terdahulu malah mampu mempromosikan lagi pantai peranginan berkenaan.

Kali ini, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan penganjuran Pesta Beautiful Terengganu  Red One dan Pantai Pengkalan Atap, Kuala Nerus (Pesta Pantai DUN Batu Rakit) di pilih bagi memeriahkan cuti persekolahan.

Penganjur masih mengekalkan konsep  penduduk tinggal di dalam bangsal yang dibina menggunakan pelepah daun nipah.

Langkah itu semata –mata mahu memberi keunikan tersendiri serta memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai aktiviti  yang menjadi warisan sejak sekian lama itu.

Pada masa sama bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu.


Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembila hari program berlangsung  termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.

Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.


Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.

Tag: