• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Petronas Aset Penting Dan Rakan Kongsi Kerajaan Negeri

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU,  1 Oktober - Kerajaan Terengganu melihat  Petronas adalah satu aset yang penting dan boleh menjadi rakan kongsi untuk membangunkan negeri ini dan juga rakyat.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, pihak kerajaan juga berusaha untuk mepelbagaikan pendapatan dan juga hasil negeri ini

 

.

“Saya fikir kita boleh bersepakat bahawa hubungan antara kerajaan dengan Petronas bukan sahaja nak ‘maintain’, tetapi kita nak perkukuhkan lagi daripada masa ke semasa. Makanya dua-dua pihak saling kait-mengait dan saling bergantung.

“Kita bekerja dalam satu pasukan, InsyaAllah kita boleh menghasilkan kerjasama yang lebih baik. Ada perkara-perkara yang mungkin kita boleh bincang secara rasmi dan ada perkara-perkara yang kita perlu bincang secara tidak rasmi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Lawatan Kerja ke PETRONAS Wilayah Timur Kerteh, Kemaman , baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh, Yang Berhormat (YB) Hishamuddin Abdul Karim, Ahli Parlimen Kemaman, YB Ustaz Alias Abd Hamid, ADUN Manir, YB Ustaz Hilmi Dato' Harun, ADUN Buluh Gading, YB Ustaz Ridzuan Hashim, ADUN Air Putih, YB Cikgu Ab. Razak Ibrahim, ADUN Sura, YB Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Batu Buruk, YB Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Khairunnisa' negeri Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman dan ADUN Wanita, YB Zuraida Md. Noor serta para pegawai dari pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Menurutnya, 70 peratus hasil minyak petrol dan gas adalah penyumbang utama pendapatan kerajaan negeri ini.

“Saya yakin banyak lagi perkara yang boleh kita terokai dan manfaatkan segala potensi yang ada. Kita juga mengharapkan ia terus kekal, bahkan dilipat kali gandakan serta dapat bersama sewaktu senang ataupun susah,” ujar beliau.

Dato’ Yahaya menambah, lawatan ini sangat bermakna kerana dapat memberi gambaran sebenar pelan pembangunan Petronas di samping hasrat dan perancangan kerajaan negeri.

Justeru itu, beliau berharap agar hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak perlu dipertingkatkan lagi terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi akibat pendemik Covid-19 yang melanda negeri dan negara Malaysia.

 


Tag:

Artikel Berkaitan