• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Pihak Lawan Tak Tenteram Apabila Dr Sam Jadi Calon

KEMAMAN, 20 November - Kalangan pimpinan UMNO ramai yang terkejut serta mungkin tidak menjangkakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipertaruhkan oleh PAS sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sehingga timbul suasana tidak tenteram dalam kem kerajaan gabungan parti tersebut.

Ahmad Samsuri berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri dalam kalangan parti UMNO mengenai situasi tersebut sehingga mengeluarkan pelbagai kenyataan seperti perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar,.

Katanya, ada juga pihak lawan menyatakan beliau tamak jawatan sedangkan perkara itu merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi negara.

"Terkejut di belah belah sana, (kerana) mereka (UMNO) tidak menjangkakan, orang Terengganu kata 'settok' dalam keadaan demikian macam-macam keluar (daripada) pemikiran dan (pelbagai) persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang menteri yang berkenaan.

"Mungkin 'stres' dalam keadaan begitu, lari habis perancangan dia, maka timbullah kenyataan-kenyataan demikian," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program sembang santai yang disiarkan melalui platform media sosial, di sini, hari ini.

Justeru, Ahmad Samsuri menasihatkan pihak lawan agar menghadapi PRK kali ini dengan penuh tenang serta bersaing secara sihat.

"Nasihat saya kepada mereka 'cool down'. rileks, jangan rasa 'stress' jadi kita hadaplah pilihan raya ini dengan penuh ketenangan, insya-Allah," ujarnya.