• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PKM Prihatin Golongan Kurang Bernasib Baik

MARANG, 26 Oktober - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, sentiasa menitikberatkan golongan yang kurang bernasib baik sebagai tanda prihatin kepada mereka.

Pegawai Khas PKM Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, apabila menerima berita tentang mereka yang ditimpa ujian, sakit atau bencana, PKM akan bergegas untuk terus turun melihat keadaan mereka.

"Hari ini, PKM menziarahi seorang pesakit yang terpaksa dipotong jari kaki kerana sakit kencing manis di Kampung Batu Putih.

"Dalam semakan kami, Norazlinda Ibrahim telah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Darul Iman.

"Tetapi selain daripada itu, bantuan lain yang boleh dipohon adalah melalui bantuan perubatan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu," katanya.

Turut hadir, adalah petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gong Beris, Zolkefly Sulaiman.

Menurutnya lagi, selain daripada bantuan kewangan dan keperluan dapur, petugas ini hadir memberikan sokongan moral atau 'Spritual' agar sentiasa kuat menempuh ujian yang dihadapinya.

"Setiap manusia diuji dengan kadar masing-masing, perlu sentiasa berpegang pada janji-janji Allah, kerana dia lebih mengetahui," tambahnya lagi.

 


Tag: