Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
PKPB di Putrajaya, Peluang Masa Saya Bersama Rakyat- YB Amzad
KUALA TERENGGANU: 22 Oktober - Peluang sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang dan Putrajaya, memberi ruang masa Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim meninjau keperluan rakyat di kawasan sendiri.
Justeru, katanya peluang itu diambil untuk bersama turun ‘padang’ melakukan program ziarah kebajikan di tempat sendiri.
“Maka, saya mengambil peluang ini bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen saya (Kuala Terengganu) untuk bertemu rakyat. Hampir setiap hari, program ziarah kebajikan dijalankan oleh pegawai dan pembantu saya, tetapi hari ini saya bersama mereka.
“Mereka (rakyat) boleh mengadu terus kepada saya dalam beberapa kes untuk Ttndakan segera, Insya’Allah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Program Ziarah Kebajikan di Empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Bermula dengan sarapan pagi bersama penduduk setempat di Kedai Kopi Simpang Kuala Bekah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu turut bergerak dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kebajikan.
Selepas itu, Ahmad Amzad juga melakukan ziarah kebajikan lebih dua jam di beberapa lokasi sekitar Kampung Gelugor Raja dalam DUN Wakaf Mempelam, DUN Ladang (Kampung Lorong Masjid Haji Kadir), DUN Batu Burok (Taman Bukit Payas Indah) dan di Kampung Pulau Kambing, DUN Bandar, Kuala Terengganu.