• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

PMINT, P-Excell Meterai Perjanjian Pembangunan Tanah Batu Hampar

KUALA TERENGGANU, 13 Disember - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan anak syarikatnya, P-Excell Management Sdn. Bhd. (P-Excell) menandatangani perjanjian cadangan pembangunan tanah di Kampung Batu Hampar bernilai RM12.2 juta, semalam.

Pengurus Besar P-Excell Management, Mohd Anuar Abdullah memaklumkan, perjanjian yang dimeterai melibatkan cadangan pembangunan 63 unit rumah teres setingkat di tanah berkeluasan 4.52 ekar di Mukim Belara itu.

"Proses pelaksanaan sedang berjalan dan pembinaan ini dijangka bermula sukuan keempat 2022 dengan tempoh pelaksanaan selama 36 bulan.

"Satu perkara lagi, kita juga cuba untuk mengekalkan harga setiap unit rumah di bawah RM200 ribu sebagaimana di cadangkan," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis berkenaan di Menara PMINT, semalam.

 Projek tersebut merupakan satu lagi usaha kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan yang berkualiti kepada kumpulan sasar golongan berpendapatan isi rumah rendah (B40) dan golongan berpendapatan isi rumah pertengahan (M40).

 

 

 

 

 


Tag: