Berita :
Potensi Terengganu Sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa Melonjak
Potensi Terengganu Sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa Melonjak
Adli Mohamad
29 Mar 26
179

KUALA TERENGGANu, 29 Mac - Terengganu diyakini akan mengalami lonjakan lebih ramai pelancong antarabangsa khususnya dari India, China dan negara-negara ASEAN akan tiba ke negara ini susulan perubahan corak perjalanan global akibat konflik konflik di Asia Barat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, beliau juga turut yakin rakyat Malaysia sendiri akan lebih memilih destinasi dalam negara.

"Jadi, 'welcome to Terengganu' pantai, laut, pulau dan tasik serta budaya warisan kita sedia menanti kehadiran semua.

"Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Terengganu agar terus beradab dan mesra dalam menerima pelancong,"ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau juga turut menyeru para peniaga di Pasar Payang, pengusaha makanan, hotel, inap desa serta yang mena terlibat menyediakan pakej aktiviti pelancongan untuk bersama-sama menjaga nama baik Terengganu.

"Elakkan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tidak munasabah. Kerajaan akan terus memantau bagi memastikan Terengganu kekal sebagai destinasi yang selamat, menarik dan wajib dikujungi.

"Terengganu cantik, budaya menarik dan insya-Allah rakyatnya baik-baik,"ujar beliau.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan