• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Primula Beach Hotel Ambil Langkah Pencegahan COVID-19

KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Primula Beach Hotel melaksanakan operasi sanitasi membabitkan bangunan dan persekitaran hotel secara berkala. bagi meningkatkan keyakinan pelancong datang ke Terengganu.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata program itu bertujuan untuk memastikan Primula Beach Hotel kekal selamat dan bersih agar dapat memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk menginap di hotel yang merupakan salah satu anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, ia juga bagi memberikan kesedaran kepada umum untuk sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kami telah mengambil inisiatif dalam mencegah penularan wabak COVID-19 dengan menganjurkan program sanitasi  Primula Beach Hotel secara berperingkat dengan kerjasama oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.

“Antara kawasan hotel yang terlibat adalah kawasan yang melibatkan tumpuan orang ramai seperti Kawasan Lobi Hotel, Bayu Restaurant,Anjung Bistro, Kuala Kopi Launge,Bayu Launge,Dewan Seminar, Bilik Tetamu dan sekitarnya,”katanya ketika dihubungi.

Seramai 17 orang anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu yang diketuai oleh Puan Rozizah Ibni Hajar,Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nor mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Hiliran dan juga Pegawai Bomba Kanan II mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kota telah turut serta program kali ini.

Tambah Suaibah, pihak hotel berharap dengan penganjuran program seperti ini,  dapat bersama-sama membendung wabak Covid-19 daripada terus menular dan memberikan kepercayaan kepada awam untuk mengunjungi Primula Beach Hotel tanpa rasa ragu.

"Pekerja kami juga melakukan kerja nyah cemar dan sanitasi secara berterusan di semua bilik dan kemudahan hotel sejak PKP lagi selain mematuhi garis panduan ketat diarahkan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga,”katanya.