• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PRN15: Pertembungan Dua Penjuru Di Alur Limbat

MARANG, 29 Julai-  Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menyaksikan saingan dua penjuru membabitkan calon PAS Ariffin Deraman dan Yuseri Isa (BN).

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nur Nazuha Ismail kira-kira 15 minit selepas tempoh pencalonan ditutup.

Terdahulu, Ariffin, yang pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi diikuti Yuseri Isa pada jam 9.06 pagi. 

Proses penamaan calon PRN DUN Alur Limbat berlangsung di Pusat Al-Quran Terengganu dengan tempoh masa satu jam diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.

Ratusan penyokong parti bertanding memenuhi perkarangan luar kolej berkenaan seawal jam 8.30 pagi mengiringi calon masing-masing.