• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

PRU14 : Tiada Sumbangan Pas Di Chukai



Penantian Barisan Nasional (BN) selama lima tahun untuk merampas kembali DUN Chukai kembali kepada BN akan berakhir pada 9 Mei ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selama lima tahun di bawah pemerintahan Pas tiada sumbangan dan bantuan yang diberikan terhadap penduduk Chukai.

“Sudah ramai penduduk Kemaman berjumpa saya mengadu bahawa tiada sumbangan terbaik untuk pengundi-pengundi Chukai disediakan oleh wakil rakyat Pas.

“Saya juga percaya tempohnya sudah habis dan kini tiba untuk memberikan BN peluang berjuang serta menyelesaikan pelbagai rintangan di Chukai,” katanya.


Beliu berkata kepada pemberita semasa Majlis Sembang Santai Bersama Nelayan di Dewan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemaman, hari ini.

Turut hadir, calon N31 DUN Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera, Ketua Setiusaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Dr. Ismail Bakar, dan Timbalan Ketua Pengarah  (Pengurusan) LKIM, Untong Keri dan Ketua Wanita UMNO Kemaman, Dato’ Rohani Abdullah.

Menurut Ahmad Shabery, tiada inisiatif yang diambil oleh wakil rakyat Pas sama ada menulis surat mahupun memberitahu mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kepada pihak berwajib.


“Pengundi-pengundi di Kemaman menginginkan sebuah parti yang boleh mewakili mereka dan memerlukan satu pemerintahan yang stabil dan kesinambungan pemerintahan sebelum ini.

“Sekiranya berlaku pertukaran pemerintahan secara mendadak tidak banyak kesan yang dianggap positif kepada mereka,” katanya.

Tag: