• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Pulau Gemia, Panorama Indah Sangat Privasi

Pulau Gemia yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Marang pastinya kurang dikenali pelancong tempatan berbanding pulau tersohor seperti  Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.

Namun tidak bagi pelancong asing, Pulau Gemia antara pulau yang menjadi sebutan kerana terkenal dengan keindahan semulajadi,  panorama matahari terbit yang cantik  dan  sangat privasi.

Udara di sini juga sungguh nyaman dan sejuk mungkin kerana kurangnya  penerokaan hutan, selain lautnya yang biru dan pasir pantainya yang memutih.

Turut diliputi pohon yang mekar menghijau,  kaya dengan pelbagai khazanah hidupan laut dan dikelilingi oleh terumbu batu karang.

Bagi pengunjung yang mahukan ketenangan dan kesunyian serta ingin melarikan diri daripada hiruk-pikuk kesibukan kota, pulau ini barangkali pilihan tepat untuk merehatkan minda dan fizikal.

Apabila ke sana, mereka boleh menginap di Gem Island Resort yang kini menawarkan harga yang sangat berpatutan antara RM380 sehingga RM850 bagi satu malam.

Mereka yang memilih resort itu pasti tidak mengecewakan kerana semua 45 bilik mengadap ke arah laut.

Restoran atas airnya pula  menyajikan makanan barat, masakan kampung dan pelbagai pencuci mulut secara ‘ala carte’.

Pastinya menepati citarasa pelanggan kerana semua makanan diperbuatkan daripada bahan segar dan berkualiti.

Banyak aktiviti boleh dilakukan apa ke sana antaranya adalah berkayak, snorkeling dan merentas hutan.

Jika tidak berminat dengan aktiviti lasak seperti itu, mungkin anda boleh sekadar bersantai dan menghirup udara segar di pulau ini.

Anda boleh berjalan sekeliling pulau dengan merentasi tebing batu dan kawasan pantai memutih.

Jika bernasib baik, pelancong boleh melihat penyu Agar yang datang untuk bertelur, pelbagai jenis burung antaranya burung bangau, burung rajawali dan  burung nuri.

Persekitaran yang romantis dan damai sememangnya cukup mententeramkan jiwa serta boleh melekakan anda

 


Tag:

Artikel Berkaitan