• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini



Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Januari ini, sebaik sahaja kerja membaik pulih selesai.

Pengarah Penyelenggaraan Bangunan MBKT, Zulkefly Hassan berkata, kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan secara berperingkat dan ada kemudahan yang boleh mula digunakan pada pertengahan bulan ini.

“Baik pulih melibatkan lantai pada permukaan kolam serta sekeliling kolam termasuk tambah baik sistem pam sedia ada di pusat akuatik ini.

“Untuk permulaan, kita akan buka dahulu untuk bahagian kanak-kanak manakala di bahagian wanita serta dewasa ianya akan disiapkan secara berfasa,” katanya kepada Teganukita dalam lawatan kerja Menteri Besar ke Pusat Akuatik MBKT, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ A Rahman Yahya.

Tag: