• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Pusat Pemindahan Banjir Ditutup


Semua pusat pemindahan banjir di seluruh Terengganu kini ditutup sementara berikutan cuaca yang baik dan semua kawasan yang sebelum ini dinaiki air, surut sepenuhnya.

Seramai 20 mangsa banjir terakhir yang melibatkan lima keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Cacar Baru, Paka, Dungun sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lewat petang semalam.

Penduduk dari dua kampung yang terjejas itu, masing-masing dari Kampung Tanjung Hutan dan Kampung Cacar Kolam.

Sehubungan itu, Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) akan beroperasi semula mengikut waktu pejabat.

Tag: