• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Rai Aidiladha Bersama Masyarakat Setempat

Ustaz Ariffin Deraman (dua dari kanan) menyembelih lembu korban.
Oleh: Ahmad Fadhilah

“Apa yang saya lihat hari ini ialah penyatuan umat islam bekerjasama dalam menjayakan ibadah korban. Ramai anak muda turut serta bergotong-royong melapah daging.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjemput saya serta semua yang terlibat dalam ibadah korban hari ini” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman.


Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkesempatan turun padang bagi meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban bersama masyarakat kampung.

Ariffin turut melaungkan takbir raya bersama masyarakat di Surau Kampung Banggol Durian dan seterusnya mengimamkan solat sunat Aidiladha serta menyampaikan khutbah raya.


Beliau turut melakukan penyembelihan pertama di Kampung Banggol Durian pada jam 9 pagi setelah selesai solat sunat Aidiladha. Seterusnya di Kampung Banggol Katong dan Kampung Baharu Serada. Lebih 10 ekor lembu berjaya dikorbankan.

Disamping itu, beliau juga sempat melawat beberapa tempat penyembelihan salah satunya di Kampung Pengkalan Setar dan Kampung Barang.

Tag: