• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Rakyat Perlu Angkat Nilai Perpaduan

Baharin dan Burhanuddin bergambar bersama peserta basikal berhias.
KUALA TERENGGANU - Masyarakat perlu meletakkan satu nilai yang tinggi terhadap perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pada hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris berkata, perselisihan dan perperangan akan meragut nilai kemanusiaan.

"Dalam suasana perang, manusia hanya berfikir bagi diri sendiri untuk terus hidup. Ketika itu, tiada lagi persaudaraan dan kasih sayang.

"Jadi, kita harus meletakkan harga yang tinggi dalam mengekalkan perpaduan.
Datuk Baharin Idris.
"Ramai hari ini terlupa akan nilai ini sehingga lebih cenderung mengetengahkan perbezaan dan perselisihan," katanya ketika ditemui di Kampung Tebakang, Alur Limbat semalam.

Beliau hadir merasmikan program Perpaduan di Hatiku anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tebakang.

Program itu dihadiri lebih 200 penduduk dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna dan pertandingan basikal berhias.

Baharin juga menegaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh rukun tetangga dalam menjaga dan mengeratkan keharmonian dalam kalangan penduduk adalah sangat baik.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Terengganu, Burhanuddin Daud.

Meraikan warga emas yang sempat merasai perit penjajahan.



Tag: