lightning-solid
Berita :
Rakyat Terengganu Diseru Meriahkan Madinah Ramadan
Rakyat Terengganu Diseru Meriahkan Madinah Ramadan
Adli Mohamad
1 hari yang lepas
72

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Seluruh rakyat Terengganu diseru untuk hadir ke program Madinah Ramadan bagi memeriahkan acara tahunan yang telah menjadi mercu tanda negeri ini dengan tema pada kali ini 'Bulan Al-Quran,Bulan Kesatuan'.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kehadiran serta sambutan rakyat terhadap program terbabit sama ada di peringkat negeri mahupun di setiap daerah amatlah diharapkan.

"Bersama-samalah kita mengambil peluang Ramadan yang berbaki dan bakal berakhir belasan hari sahaja lagi untuk kita mengejar Lailatul Qadar dan jadikanlah Madinah Ramadan ini sebagai medan bertautnya ukhwah persaudaraan sesama kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Neger, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi merasmikan program tersebut.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Khalil merakamkan ucapan tahniah kepada semua Jawatankuasa Penganjur dan Pelaksanaan Majlis Perasmian Sambutan Nzul Al-Quran itu secara khusus dan Program Madinah Ramadan secara amnya.

"Serta pihak pengurusan Taman Tamadun Islam yang bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan lancar.

"Saya mendoakan semoga seluruh rakyat Terengganu dilimpahi rahmat dari-Nya," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan