MARANG, 3 Disember - Fenomena kemunculan kerang secara tiba-tiba di Pantai Pulau Kekabu di sini menarik kehadiran ramai penduduk untuk mencari hasil laut itu.
Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai sejak awal pagi tadi, menjadikannya satu bentuk rezeki tambahan terutama ketika musim tengkujuh.

“Memang ini peluang buat penduduk sini mengutip dan jadikan ia rezeki tambahan. Semalam ada juga kerang terdampar di Pantai Pasir Puteh, Merchang, dan hari ini tak sangka di Pantai Pulau Kekabu pula jadi tular, saya tahu daripada Facebook,” katanya ketika ditemui pemberita di pantai tersebut, hari ini.

Fenomena damparan kerang ini lazimnya berlaku setiap kali perubahan cuaca dan angin laut, sekali gus menjadi rezeki bermusim buat penduduk sekitar Marang.