KUALA TERENGGANU, 13 Julai - Kerajaan Negeri Terengganu membelanjakan RM400,000 bagi melaksanakan Program Bersamamu Rakyat : Indahnya Hidup Bersyariat.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dari jumlah yang dibelanjakan itu setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima agihan sebanyak RM50,000.
Tambahnya, prorgram berkenaan diadakan bagi memastikan agenda pelaksanaan syariah dapat dijayakan dengan konsisten dan seluruh masyarakat di negeri ini memahami ajaran Islam secara menyeluruh.
"Program ini memberi tumpuan kepada aktviti dakwah dan penerapan penghayatan Indahnya Hidup Bersyariat kepada semua peringkat komuniti," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, Program Bersamamu Rakyat: Indahnya Hidup Bersyariat itu juga bertujuan memperkasakan program berkebajikan kepada semua rakyat di Terengganu.
"Tujuannya adalah untuk memastikan Negeri Terengganu ke arah mencapai matlamat untuk menjadi negeri maju, berkat, dan sejahtera," ujarnya.