• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Rutin Mingguan Pemuda Rhu Rendang Bantu Penduduk Setempat

MARANG, 1 November- Menjadi rutin Lajnah Kebajikan Penyelaras Pemuda Pas Dewan Rhu Rendang pada setiap minggu menyampaikan sumbangan dan bantuan kebajikan menziarah penduduk setempat yang kurang bernasib baik.

Ketua Penyelaras Pemuda Pas Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria berkata  lajnah itu akan memilih mana-mana cawangan di di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

“Seramai sepuluh orang daripada golongan yang kurang berkemampuan akan dipilih dengan kerjasama pemuda cawangan setempat untuk dibantu.

“Sumbangan yang diberikan berbentuk keperluan asas dan barang dapur, pada masa yang sama, sumbangan bola sepak turut diberikan kepada kampung yang mempunyai padang bola,"katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja selesai program ziarah pemuda di Kampung Batangan yang bermula sekitar jam 5.00 petang, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, walaupun sumbangan dan bantuan yang diberikan mungkin tidak sebesar mana, tetapi ianya sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan.”

“Selain itu, ziarah ini membuka ruang untuk kita saling mendekati antara satu sama lain, menunjukkan kecaknaan dan membina hubungan baik sesama masyarakat.

“Program hari ini adalah merupakan kali ke-12, melibatkan Kampung Batangan dan bakinya masih ada lapan cawangan,”tambahnya lagi.


Tag: